Membuka Tirai Kegaiban

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Berikut ialah perbezaan dasar dari Quran bagi 2 jenis nikah yang berbeza. Semoga bermanfaat, insyaAllah.

Dasar Nikah Daim , An-Nisa (4) : 4
وَآتُواْ النَّسَاء صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْساً فَكُلُوهُ هَنِيئاً مَّرِيئاً
Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai PEMBERIAN DENGAN PENUH KERELAAN . Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
Dasar Nikah Mut’ah, An-Nisa (4) : 24
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاء إِلاَّ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ كِتَابَ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاء ذَلِكُمْ أَن تَبْتَغُواْ بِأَمْوَالِكُم مُّحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُم بِهِ مِن بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيماً حَكِيماً
dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali
budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu.Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang TELAH kamu ni’mati (campuri) di antara mereka, BERIKANLAH KEPADA MEREKA MAHAR MAHARNYA (dengan sempurna), SEBAGAI SUATU KEWAJIBAN; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dengan memperhatikan kedua ayat diatas , kita mendapati terdapat dua perbezaan iaitu :
1.. Waktu memberikan mahar. ( diberikan di depan [daim] dan diberikan dibelakang [mut’ah])
2.. Status Mahar. (sebagai suka rela dan sebagai kewajiban)
Hanya dengan memperhatikan dua ayat tersebut pengguna akal yang sihat langsung tahu keduanya adalah jenis perkawinan yang berbeza :
1. Yang pertama (Nikah Daim) , Mahar diberikan didepan dan diberikan sebagai shadaqah, sukarela.
2. Yang kedua (Nikah Mut’ah), Mahar diberikan dibelakang dan sebagai suatu kewajiban.
Merujuk kepada artikel saya tentang mut’ah, telah dinyatakan bahawa orang pertama yang mengharamkan mut’ah ialah Khalifah Umar.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Pernyataan al-Suyuti sebagai berikut :
a) Nikah mut’ah adalah halal menurut Islam.
b) Khalifah Umarlah yang mengharamkan nikah mut’ah yang telah dihalalkan pada waktu Rasulullah (Saw.), khalifah Abu Bakar dan pada waktu permulaan zaman khalifah Umar.
c) Umar mempunyai kuasa veto yang boleh memansuhkan atau membatalkan hukum nikah mut’ah sekalipun ianya halal di sisi Allah dan Rasul-Nya. Al-Suyuti seorang Mujaddid Ahlil Sunnah abad ke-6 Hijrah mempercayai bahwa nikah mut’ah adalah halal, karena pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh Allah dan RasulNya.Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur’an dan kata-kata Umar sendiri.
Dan sebenarnya para ulama Ahlul Sunnah sendiri telah mencatat bahwa Umarlah yang telah mengharamkan nikah mut’ah sebagai berikut:
a) Al-Baihaqi di dalam al-Sunan, V, hlm. 206, meriwayatkan kata-kata Umar,”Dua mut’ah yang dilakukan pada waktu Rasulullah (Saw.) tetapi aku melarang kedua-duanya dan aku akan mengenakan hukuman ke atasnya, yaitu mut’ah perempuan dan mut’ah haji”.
b) Al-Raghib di dalam al-Mahadarat, II, hlm. 94 meriwayatkan bahwa Yahya bin Aktam berkata kepada seorang syaikh di Basrah:”Siapakah orang yang anda ikuti tentang harusnya nikah mut’ah.”Dia menjawab:”Umar al-Khatab.”Dia bertanya lagi,”Bagaimana sedangkan Umarlah orang yang melarangnya.”Dia menjawab:”Mengikut riwayat yang sahih bahwa dia menaiki mimbar masjid dan berkata: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah menghalalkan untuk kalian dua mut’ah tetapi aku mengharamkan kedua-duanya (mut’ah perempuan dan mut’ah haji). Maka kami menerima kesaksiannya tetapi kami tidak menerima pengharamannya.”
c) Dari Jabir bin Abdullah, dia berkata:”Kami telah melakukan nikah mut’ah dengan segenggam kurma dan gandum selama beberapa hari pada waktu Rasulullah dan Abu Bakar sehingga Umar melarang dan mengharamkannya dalam kes Umru bin Harith.[Muslim, Sahih, I, hlm. 395; Ibn Hajar, Fatih al-Bari, IX, hlm.41; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VIII, hlm.294]
d) Dari Urwah bin al-Zubair,”Sesungguhnya Khaulah bt. Hakim berjumpa Umar al-Khattab dan berkata:”Sesungguhnya Rabiah bin Umaiyyah telah melakukan nikah mut’ah dengan seorang perempuan, kemudian perempuan itu mengandung, maka Umar keluar dengan marah dan berkata:”Sekiranya aku telah memberitahukan kalian mengenainya dari permulaan niscaya aku merajamnya.”Isnad hadis ini adalah tsiqah, dikeluarkan oleh Malik di dalam al-Muwatta’, II, hlm. 30;al-Syafi’i, al-Umm, VII, hlm. 219;al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 206]
e) Kata-kata Imam Ali AS,”Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut’ah niscaya tidak seorang pun berzina melainkan orang yang celaka.”[al-Tabari, Tafsir, V, hlm. 9; Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm.200; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm.140]
Kata-kata Ali a.s ini menolak dakwaan orang yang mengatakan bahwa Ali telah melarang nikah mut’ah karena beliau tidak memansuhkan ayat di dalam Surah al-Nisa’ (4):24.
f) Dari Ibn Juraij, dari ‘Ata’ dia berkata:”Aku mendengar Ibn Abbas berkata: “Semoga Allah merahmati Umar, mut’ah adalah rahmat Tuhan kepada umat Muhammad dan jika ia tidak dilarang (oleh Umar) niscaya seseorang itu tidak perlu berzina melainkan orang yang celaka.”[al-Jassas, al-Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 179; al-Zamakhshari, al-Fa'iq, I, hlm. 331;al-Qurtubi, Tafsir, V, hlm. 130]
Pertanyaan bagi “mereka” yang masih meragui halalnya Nikah Mut’ah :
1. Menurut kalian an-Nisa : 24 itu ayat Nikah apa
2. Ketika rasulullah menghalalkannya , ayat apa yang mendasarinya ?
3. Dan ketika Beliau SAWW mengharamkannya , ayat apa yang menjadi dasarnya ?
Fikir-fikirkan.

NIKAH MUT'AH

Berhubung dengan isu hangat iaitu Nikah Muta’ah yang dikaitkan dengan zina, pendapat ini menimbulkan kemusykilan yang amat sangat. Ini kerana menyamakan Muta ah Nikah dengan zina membawa maksud seolah-olah Nabi Muhammad SAWA pernah menghalalkan zina dalam keadaan-keadaan darurat seperti perang Khaibar dan pembukaan kota Mekah. Pendapat ini tidak boleh diterima kerana perzinaan memang telah diharamkan sejak awal Islam lagi dan tidak ada rokhsah dalam isu zina.

Sejarah menunjukkan bahawa Abdullah bin Abbas diriwayatkan pernah mengharuskan Nikah Muta’ah tetapi kemudian menarik balik fatwanya iatu di zaman selepas zaman Nabi Muhammad SAWA. 

Kalau muta’ah telah diharamkan pada zaman Nabi SAWA adakah mungkin Abdullah bin Abbas mengharuskannya?
Sekiranya beliau tidak tahu [mungkinkah beliau tidak tahu?] tentang hukum haramnya muta’ah adakah beliau berani menghalalkannya pada waktu itu?
Fatwa Abdullah bin Abbas juga menimbulkan tandatanya kerana tidak mungkin beliau berani mengharuskan zina [muta'ah] dalam keadaan darurat seperti makan bangkai, darah dan daging babi kerana zina [muta'ah] tidak ada rokhsah sama sekali walaupun seseorang itu akan mati jika tidak melakukan jimak. Sebaliknya Abdullah menyandarkan pengharaman muta’ah kepada Umar al-Khattab seperti tercatat dalam tafsir al-Qurtubi meriiwayatkan Abdullah bin Abbas berkata, ” Sekiranya Umar tidak mengharamkan mutaah nescaya tidak akan ada orang yang berzina kecuali orang yang benar-benar jahat.” (Lihat tafsiran surah al-Nisa:24)
Begitu juga pengakuan sahabat Nabi SAW iaitu Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim,

” Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits.”

Jelaslah muta ah telah diamalkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW selepas zaman Rasulullah SAW wafat. Oleh itu hadith-hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengharamkan muta ah nikah sebelum baginda wafat adalah hadith-hadith daif. 
Dua riwayat yang dianggap kuat oleh ulama Ahlul Sunnah iaitu riwayat yang mengatakan nikah muta ah telah dihapuskanpada saat Perang Khaibar dan pembukaan kota Mekah sebenarnya hadith-hadith yang daif. Riwayat yang mengaitkan pengharaman muta ah nikah pada ketika Perang Khaibar lemah kerana seperti menurut Ibn al-Qayyim ketika itu di Khaibar tidak terdapat wanita-wanita muslimah yang dapat dikahwini. Wanita-wanita Yahudi (Ahlul Kitab) ketika itu belum ada izin untuk dikahwini. Izin untuk mengahwini Ahlul Kitab seperti tersebut dalam Surah al-Maidah terjadi selepas Perang Khaibar. Tambahan pula kaum muslimin tidak berminat untuk mengahwini wanita Yahudi ketika itu kerana mereka adalah musuh mereka.
Riwayat kedua pula diriwayatkan oleh Sabirah yang menjelaskan bahawa nikah muta ah diharamkan saat dibukanya kota Mekah (Sahih Muslim bab Nikah Muta’ah) hanya diriwayatkan oleh Sabirah dan keluarganya sahaja tetapi kenapa para sahabat yang lain tidak meriwayatkannya seperti Jabir bin Abdullah, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud? 
Sekiranya kita menerima pengharaman nikah muta’ah di Khaibar, ini bermakna muta’ah telah diharamkan di Khaibar dan kemudian diharuskan pada peristiwa pembukaan Mekah dan kemudian diharamkan sekali lagi. Ada pendapat mengatakan nikah muta’ah telah diharuskan 7 kali dan diharamkan 7 kali sehingga timbul pula golongan yang berpendapat muta’ah nikah telah di haramkan secara bertahap seperti mana pengharaman arak dalam al-Qur’an tetapi mereka lupa bahawa tidak ada ayat Qur’an yang menyebutkan pengharaman muta’ah secara bertahap seperti itu. Ini hanyalah dugaan semata-mata.

Yang jelas nikah muta’ah diharuskan dalam al-Qur an surah al-Nisa:24 dan ayat ini tidak pernah dimansuhkan sama sekali. Al-Bukhari meriwayatkan dari Imran bin Hushain :  

“Setelah turunnya ayat muta’ah, tidak ada ayat lain yang menghapuskan ayat itu. Kemudian Rasulullah SAW pernah memerintahkan kita untuk melakukan perkara itu 
dan kita melakukannya semasa beliau masih hidup. Dan pada saat beliau meninggal, 
kita tidak pernah mendengar adanya larangan dari beliau SAW tetapi kemudian ada 
seseorang yang berpendapat menurut kehendaknya sendiri.” 

Orang yang dimaksudkan ialah Umar. Walau bagaimanapun Bukhari telah memasukkan hadith ini dalam bab haji tamattu. 

Pendapat Imam Ali AS adalah jelas tentang harusnya nikah muta’ah dan pengharaman muta’ah dinisbahkan kepada Umar seperti yang diriwayatkan dalam tafsir al-Tabari:

“Kalau bukan kerana Umar melarang nikah muta’ah, maka tidak akan ada orang
 yang berzina kecuali orang  yang benar-benar celaka.” 

Sanadnya sahih. Justeru itu Abdullah bin Abbas telah memasukkan tafsiran (Ila Ajalin Mussama) selepas ayat 24 Surahal-Nisa bagi menjelaskan maksud ayat tersebut adalah ayat muta’ah (lihat juga Syed Sobiq bab nikah muta’ah).  Pengakuan Umar yang menisbahkan pengharaman muta’ah kepada dirinya sendiri bukan kepada Nabi SAWA cukup jelas bahawa nikah muta’ah halal pada zaman Nabi SAWA seperti yang tercatat dalam Sunan Baihaqi, 

” Dua jenis muta’ah yang dihalalkan di zaman Nabi SAWA aku haramkan 
sekarang dan aku akan dera siapa yang melakukan kedua
jenis muta’ah tersebut. Pertama nikah muta’ah dan kedua haji tamattu”.

Perlulah diingatkan bahawa keharusan nikah muta ah yang diamalkan oleh Mazhab Syi ah bukan bermaksud semua orang wajib melakukan nikah muta ah seperti juga keharusan kahwin empat bukan bermaksud semua orang wajib kahwin empat. Penyelewengan yang berlaku pada amalan nikah muta’ah dan kahwin empat bukan disebabkan hukum Allah SWT itu lemah tetapi disebabkan oleh kejahilan seseorang itu dan tidak dinafikan kelemahan akhlaknya sebagai seorang Islam. Persoalannya jika nikah muta’ah sama dengan zina, apakah bentuk muta’ah yang diamalkan oleh para sahabat pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman khalifah Abu Bakar?[catatan: Nikah muta'ah memang tidak sama dengan zina]

3.   Wallahualam
Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter